Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2015 LHDN. Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2014 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT, TP, TF dan TJ mulai 1 Mac 2015 ini.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dalam kenyataan semalam seperti dipetik dari BERNAMA, memaklumkan tarikh akhir pengemukaan BNCP tahun taksiran 2014 secara borang kertas (manual) adalah seperti berikut :-
1) Borang E adalah pada 31 Mac 2015;
2) Borang BE, BT, M, MT, TP, TF dan TJ bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan (30 April 2015);
3) Borang B, P, BT, M, MT, TP, TF dan TJ bagi individu yang menjalankan perniagaan (30 Jun 2015).
* NOTA
* tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDN
* BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
* Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2014 adalah 30 April 2015. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2015 bagi e-Filing Borang BE (e-BE) Tahun Taksiran 2014. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran
2014 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2015, BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2015 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
Adalah dinasihatkan "Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan,"
e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.
Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan htpps://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan di talian 1-800-88-5436.Panduan e-filling LHDN di SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI