Gambar Protes 'Save Lunpia Atau Popia' Di Indonesia. Satu protes dilakukan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam bagi menegaskan bahawa kuih popiah, atau digelar lunpia di Indonesia, adalah milik negara itu dan Malaysia diminta tidak membuat sebarang tuntutan mengenainya.
Protes 'Save Lunpia' anjuran Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) itu disertai puluhan peserta, menurut media negara itu.
Menurut Koordinator Formasbudi, Rahmulyo Adiwibowo, langkah itu perlu diambil bagi menegaskan bahawa popiah sebagai warisan budaya nasional Indonesia supaya Malaysia tidak mendakwa makanan itu berasal dari negara ini.
"Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah (awal) agar (popiah) tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan (popiah) sebagai warisan budaya nasional.
“Jangan sampai (popiah) menerima nasib seperti batik, wayang, dan lagu Rasa Sayang. Pemerintah perlu mengambil langkah (pencegahan),” katanya.
Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada 17 Oktober 2014 telah menetapkan popiah sebagai warisan budaya nasional.
Katanya, Pejabat Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi Jawa Tengah juga akan mengusulkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) supaya mengiktiraf popiah sebagai berasal dari Indonesia.
Beliau berkata, popiah diasaskan seorang lelaki Cina, Tjoa Thay Joe yang menetap di Semarang pada 1870.
Peserta protes itu juga dilaporkan memberikan popiah Semarang kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Zahrain dalam laman Twitter beliau semalam turut memaklumkan mengenai protes itu.
"Demo depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyelamat lunpia (popiah) Indonesia (daripada) digunakan oleh Malaysia," menurut Zahrain sambil berkongsi gambar protes itu - SH
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI