Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Panduan Untuk Menang Duit Setiap Hari Dengan Celcom

$
0
0
Peraduan Kongsi Gambar Harian Metro
Pelanggan rangkaian Celcom kini berpeluang memenangi rebat kredit bernilai RM50 terus ke telefon bimbit setiap hari dengan menghantar seberapa banyak gambar menarik menggunakan platform MMS ke talian 23600.
Pertandingan dikenali Peraduan Kongsi Gambar Harian Metro adalah kerjasama di antara Harian Metro, Celcom Axiata Berhad dan penyedia kandungan (CP) iaitu IdotTV Sdn Bhd.
Ketua Perkhidmatan Digital Celcom Axiata, Afizulazha Abdullah, berkata sebagai penyedia telekomunikasi mudah alih pertama Malaysia, pihaknya bekerjasama menganjurkan pertandingan itu menggunakan pelantar Kempen The Cube.

Menurutnya, Peraduan Kongsi Gambar Harian Metro menyediakan pelantar kepada masyarakat untuk berkongsi gambar menarik yang berlaku setiap hari di sekeliling mereka.
"Kita memilih perkhidmatan MMS kerana ingin berlaku adil kepada individu yang tidak memiliki telefon pintar menyertai peraduan yang dianjurkan.
"Tidak semua pengguna di negara ini mempunyai telefon pintar namun mereka mempunyai bakat mengambil gambar menarik di persekitaran mereka," katanya selepas majlis pelancaran itu, di Balai Berita NSTP, Bangsar, di sini, semalam.

Majlis pelancaran peraduan berkenaan disempurnakan oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, Afizulazha dan Pengarah Eksekutif IdottV, Firoz Mohd Noor. 

Turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Abdul Ghafar Ismail; Ketua Bahagian Keperluan Perniagaan Celcom Axiata, Mohamad Sukeri Abdullah; Pengarang Eksekutif (Berita) HM, Othman Mamat; Pengarang Eksekutif (Rencana), Sharifuddin Mohamed dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran), Salim Bachok.

Afizulazha berkata, kempen berkenaan juga mampu mengumpulkan seberapa banyak gambar daripada pelanggan Celcom seterusnya dapat menikmati hadiah menarik daripada pihaknya.

"Harian Metro akan menilai gambar yang dihantar oleh pelanggan Celcom setiap hari selama tiga bulan bermula 21 Februari sehingga 26 Mei 2014.

"Hasrat menganjurkan kempen seperti ini sudah lama dirancang oleh Celcom, jadi sudah sampai masanya kami merealisasikannya berikutan rakyat lebih gemar memuatnaik gambar menggunakan telefon bimbit masing-masing," katanya.

Katanya, Celcom sentiasa mengutamakan kualiti dalam produk dan kandungan dalam Portal The CUbe berbanding jumlah pengunjung.

"Jika produk yang ditawarkan menarik dan berkualiti tinggi, kami percaya bukan saja pelanggan setia akan melanggan lebih banyak produk tetapi juga dapat menarik lebih ramai pelanggan baru," katanya - myMetro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>