Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Gambar Majlis Pernikahan Penyanyi Farawahida 16 Disember 2013

$
0
0
Dalam suasana serba sederhana, penyanyi Farawahida Razali atau lebih dikenali sebagai Farawahida sah bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain.

Farawahida nikah

Dengan sekali lafaz, kira-kira jam 10.30 pagi tadi (Isnin), majlis akad nikah telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Pasangan pengantin telah dinikahkan oleh Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria. 
Farawahida nikah

Farawahida telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta dua bentuk cincin dan tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang. 

Lebih menarik, pada majlis tersebut suami Fara dilihat mengalirkan air mata, sebaliknya Fara kelihatan tenang sebaik sah diijabkabulkan.

Majlis persandingan Fara dan Abdul Shukur diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, 8 malam ini.
Farawahida nikah

Sementara itu Fara ketika dihubungi Astro Gempak memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana kelancaran majlis pada hari ini.

“Alhamdulillah, syukur…semuanya telah selamat…Di kesempatan ini Fara mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, saudara mara dan para peminat yang telah mendoakan dan merestui hubungan saya dan suami.

Farawahida nikah

“Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu yang hadir meraikan majlis bersejarah saya pada hari ini.

“Fara berharap agar perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga, “ katanya.
Via Astro Gempak

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>