Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Ops Selamat Tahun Baharu Cina 2015

$
0
0
Ops Selamat Tahun Baharu Cina 2015. OPS Selamat 2015 sempena sambutan Tahun Baharu Cina telah bermula pada 12 hingga 27 Februari 2015 iaitu seminggu sebelum dan seminggu selepas Tahun Baharu Cina.

Ops Bersepadu Penguatkuasaan Keselamatan Jalan Raya selama 15 hari ini bakal melibatkan lebih 3,000 anggota dan pegawai penguatkuasa. 
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata operasi tersebut membabitkan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Operasi itu akan memberi perhatian utama dan tegas dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian berbanding tahun sebelumnya.

Ops Selamat Tahun Baharu Cina 2015
"Antara operasi yang dilakukan adalah menempatkan anggota di lokasi statik di setiap 30 kilometer jalan utama negeri di seluruh negara secara 24 jam, 16 jam dan lapan jam.

"Selain itu, operasi ini turut membabitkan pemeriksaan rawak, penyamaran, penguatkuasaan motosikal, mengawal aktiviti ulat tiket, pemasangan lampu mata arah dan nasihat keselamatan jalan raya," katanya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menekankan kepada tujuh kesalahan sepanjang ops ini iaitu gagal patuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai topi keledar dan tidak memakai tali pinggang keledar.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604