Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Video Amanat Terakhir Anwar Ibrahim Sebelum Ke Penjara

$
0
0
Video Amanat Terakhir Anwar Ibrahim Sebelum Di Bawa Ke Penjara. Umum mengetahui yang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya semalam. Meskipun bakal dikenakan hukuman penjara lima tahun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan menyerah kalah, sebaliknya akan terus berjuang demi 'keadilan dan kebebasan'.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Anwar menyifatkan hukuman penjara yang dikenakan ke atas beliau merupakan 'pengorbanan' yang perlu dihadapinya atas perjuangannya selama ini.

"Saya telah berjuang hampir separuh dari hidup saya untuk rakyat negara ini - saya sanggup dipenjarakan dan menerima apa-apa akibat demi rakyat. Perjuangan saya akan diteruskan, di mana jua saya dihantar dan apa jua yang telah dilakukan terhadap saya," kata beliau.

Anwar dalam pada itu, tetap menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah dan segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya itu tidak benar sama sekali.

"Ini adalah rekaan semata-mata - datang dari konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya politik saya," katanya sambil menegaskan bahawa insiden liwat itu tidak pernah berlaku.

kes liwat dsai

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim.

Keputusan itu disampaikan pada jam 2.05 petang tadi.

Mahkamah Persekutuan mendapati  Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam itu.

Dengan keputusan ini, Anwar gagal mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya - Astro Awani


 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>