Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Krisis Dalaman PAS Komplot Gulingkan Presiden Semakin Parah

$
0
0
Krisis Dalaman PAS Komplot Gulingkan Presiden Semakin Parah. Krisis dalaman PAS dilihat semakin parah apabila sekumpulan a#hli yang menyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuduh Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Hatta Ramli sebagai antara yang berkomplot untuk menggulingkan presiden parti itu.

Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim pada Ahad mendakwa bahawa k#umpulan itu mempunyai bukti dalam bentuk paparan skrin mesej aplikasi WhatsApp yang menunjukkan Ahli Parlimen Kuala Krai itu mengeluarkan arahan supaya 'menyerang' Abdul Hadi.

Selain Hatta, beliau juga mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Nawawi Ahmad dan Ketua Penerangan Muslimat, Aiman ​​Athirah Aljundi bersekongkol untuk menjatuhkan presiden dan ke#pimpinan ulama.

"Kami merasakan bahawa ahli-ahli PAS perlu sedar bahawa terdapat percubaan jahat untuk menjatuhkan presiden, kepimpinan ulama dan mengambil alih PAS.
Krisis Dalaman PAS 2015


"Kami juga meminta mereka yang terlibat dalam konspirasi ini untuk meletakkan jawatan berikutan mendedahkan ini," katanya sebelum menyerahkan memorandum kepada parti itu menjelang mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat di sini.

Fadhli juga berkata beliau mempunyai salinan Akuan Berkanun (SD) untuk menyokong dakwaannya yang kemudiannya diedarkan kepada media di Pejabat Agung PAS di sini.

Mesej WhatsApp yang dilampirkan dalam SD itu mendedahkan bahawa kumpulan yang bernama 'Hawaii Five-O' berkenaan mendakwa bahawa presiden telah bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Terdahulu, Abdul Hadi diberikan sambutan menggalakkan oleh para penyokongnya ketika tiba untuk menghadiri mesuarat Jawatankuasa PAS Pusat - mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>