Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Monsoon Cup Malaysia Di Danga Bay Februari 2015

$
0
0
Monsoon Cup Malaysia Di Danga Bay Februari 2015. Piala Monsun Malaysia edisi ke 10 akan berlangsung di Johor di mana Country Garden, Danga Bay telah dipilih sebagai lokasi perlumbaan bermula 9 hingga 14 Februari 2015. 

Sebanyak 12 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka bagi merebut hadiah keseluruhan yang lumayan bernilai RM1.47 juta.

Selain Malaysia dan Great Britain, pasukan yang akan bersaing pada sebahagian siri jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT) itu adalah Australia, Sweden, New Zealand, Perancis, Amerika Syarikat dan Singapura. 

Malaysia adalah satu-satunya destinasi jelajah dunia AWMRT dengan dua lokasi iaitu Terengganu dan Johor. Acara tahunan Piala Monsun Malaysia diadakan di Pulau Duyong, Terengganu sejak 2005. 

Pastinya acara yang bakal membuka tirainya pada Isnin menyaksikan persaingan sengit dan melakar sejarah baharu bagi Kejohanan Match Racing Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (International Sailing Federation - ISAF) dan Ian Williams, juragan pasukan GAC Pindar. 
Monsoon Cup country garden danga bay

Sehingga kini, Williams telah menjuarai Kejohanan Dunia sebanyak empat kali (2007-2008 dan 2011-2012).

Jika beliau menjadi juara kali kelima pada Piala Monsun Malaysia ini, Williams akan mengatasi rekod yang dipegang oleh Datuk Peter Gilmour (1990, 1997-1998 dan 2006). Ini akan menjadikan Williams juragan dengan jumlah kemenangan terbanyak dalam sejarah Kejohanan Dunia yang berusia 27 tahun itu.

Pada 2013 Williams tidak berjaya di dalam usahanya memburu kejohanan kelima apabila kalah tipis dengan Taylor Canfield dari Virgin Island (Amerika Syarikat) dengan hanya perbezaan lima mata.

Untuk musim ini, Canfield dan pasukan US One masih menjadi saingan utama Williams menuju ke kejohanan di Danga Bay ini, tetapi pelayar British itu sedang mendahului musuh ketatnya dengan kelebihan enam mata.

Namun demikian, perbezaan itu tidak begitu besar kerana Williams masih perlu untuk menamatkan kejohanan di posisi yang lebih tinggi dari Canfield untuk menjadi juara dunia buat kali kelima.  

Dalam pada itu, Canfield datang ke Johor untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.  

Mengikut pengiraan, salah satu daripada lima pasukan teratas liga berpeluang memenangi Kejohanan AWMRT - mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>