Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2015

$
0
0
Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2015. Berikut adalah arahan kepada calon SPM 2015 yang mengambil subjek PSV ini seperti dipetik dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.


2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2015
.
3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer
.
4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon
dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. 


5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.


6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.


7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh

psv spm 2015

.
8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan
gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan
Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.


9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
 

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
 

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
 

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
 

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang
masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.


14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas


Untuk informasi lanjut mengenai tajuk tugasan dan sebagainya, pelajar boleh memuat turun arah calon daripada KPM di SINI
 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>