Hukum Haram Makan Ulat Sagu Mulong. Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) semalam secara rasminya mengumumkan me#makan ulat sagu (mulong) serta mengambil bahagian dalam acara ritual ‘miring’ dan kaul adalah haram dan dilarang dalam Islam.
Oleh yang demikian, Mufti Negeri Datuk Kipli Yassin menasihatkan agar umat Islam mengetahui perkara ber#kaitan keputusan fatwa itu dan tidak lagi terkeliru pada masa hadapan.
“Bagi umat Islam, mereka tidak boleh menjalankan upacara ‘miring’ atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana ia ada me#libatkan kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
“Maksudnya di sini, orang bukan Islam tetap boleh meneruskan upacara tersebut tetapi orang Islam tidak sepatutnya melibatkan diri,” katanya kepada pemberita semalam.
Tambahnya, tiada masalah untuk umat Islam menghadiri upacara berkenaan tetapi u#ntuk menjalankan upacara pemujaan, itulah yang menjadi masalah.
“Dalam Islam, kita tidak boleh memuja hantu dan melakukan sebarang pemujaan,” tegasnya.
Menyentuh mengenai ulat mulong, jelasnya, keputusan fatwa bagi melarang umat Islam memakannya telah lama dibuat.
“Apabila kita berpegang kepada hukum dan membuat kajian, ia telah ditetapkan sebagai jenis ulat dan dalam hukum fiqah, semua ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.
“Namun, ingin ditegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya dan kita tidak mengganggu budaya mereka. Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian,” jelasnya.
Namun begitu, berbeza dengan ulat mulong, kejumah (temilok) boleh dimakan, jelasnya.
“Satu lagi ramai yang masyarakat tidak tahu ialah keputusan fatwa membenarkan temilok dimakan oleh orang Islam kerana kita telah mengkaji ia bukan hidupan dua alam.
“Salah satu syarat makanan haram ialah kita tidak boleh memakan binatang dua alam dan ia tiada najis dan sebagainya. Hukumnya ‘harus’ dimakan,” tambah Kipli. - Utusan Borneo
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI