Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kini Giliran Facebook Pula Beli WhatsApp

$
0
0
Facebook Beli Whatsapp
San Francisco: Facebook Inc akan membeli sistem pesanan ringkas WhatsApp, bernilai AS$19 (RM62.7) bilion dalam bentuk tunai dan saham yang bakal meletakkan rangkaian sosial terbesar di dunia itu lebih dekat dengan pengguna.
Urus niaga itu melibatkan AS$4 (RM13.2) bilion tunai, AS$12 (RM39.6) bilion saham dan AS$3 (RM9.9) bilion saham terhad. 
WhatsApp diasaskan oleh seorang pendatang Ukraine yang berhenti kolej Jan Koum dan alumni Stanford Brian Acton. 

Aplikasi itu melonjak kepada 450 juta pengguna dalam tempoh lima tahun dan bertambah sejuta setiap hari.
"Tidak ada dalam sejarah dunia yang pernah dilakukan seperti ini," kata Ketua Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg ketika dihubungi semalam.

Zuckerberg, yang mencetuskan kejutan apabila membeli perkongsian foto Instagram AS$1 (RM3.3) bilion pada pertengahan 2012, juga mendedahkan semalam bahawa dia bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp Koum pada malam 9 Februari lalu. 

WhatsApp merupakan aplikasi mesej terawal di telefon pintar yang kini menjadi aplikasi paling popular seluruh Amerika Utara, Asia dan Eropah. 

Walaupun bersaing sengit dengan aplikasi seperti Line di Jepun atau WeChat, rata-rata pengguna telefon pintar masih memilih WhatsApp. - Agensi & myMetro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604