Keputusan Tenis Final Lelaki Terbuka Australia 2015. Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic akan menentang jaguh Britain, Andy Murray dalam aksi final petang ini untuk mahkota kejuaraan perseorangan lelaki tenis Terbuka Australia 2015.
Sebelum ini Djokovic iaitu pilihan pertama kejohanan telah dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan juara bertahan, Stan Wawrinka di separuh akhir perseorangan lelaki untuk menang 7-6 (7/1), 3-6, 6-4, 4-6, 6-0 dalam tempoh tiga jam 30 minit dalam aksi separuh akhir di Melbourne Park.
Djokovic pernah tewas kepada bintang dari Switzerland itu dalam saingan suku akhir Terbuka Australia, tahun lalu. Ini adalah kali kelima Djokovic mara ke final Terbuka Australia selepas memenangi empat daripada final di Melbourne.
Dia menewaskan Murray pada final 2011 dan 2013.
KEPUTUSAN DJOKOVIC VS MURRAY FINAL TENIS TERBUKA AUSTRALIA 2015
Djokovic vs Murray 7-6 6-7 6-3 6-0
Djokovic menang untuk menjadi Juara Autralian Open 2015
5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI