Tentera Indonesia Henti Misi Cari Bangkai Pesawat AirAsia QZ8501. Tentera Indonesia hari ini (27 Jan 2015) menamatkan misi mencari dan membawa naik bangkai pesawat AirAsia Indonesia yang terhempas ke Laut Jawa bulan lalu selepas gagal menaikkan bahagian badan utama selepas mencuba selama beberapa hari.
"Semua pasukan kita dipanggil pulang," kata Laksamana Muda Widodo, pegawai tentera laut yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat itu. "Kami memohon maaf kepada keluarga mangsa."
Pesawat QZ8501 terhempas pada 28 Disember dalam cuaca buruk ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.
Seramai 162 orang berada dalam pesawat itu dan hanya 70 mayat berjaya ditemui.
Widodo berkata, tiada lagi mayat mangsa ditemui penyelam yang terbabit dalam usaha mencari sejak dua hari lalu.
Pihak berkuasa berharap menemui kebanyakan mayat mangsa dalam bahagian badan utama bangkai pesawat itu.
Sejak Sabtu lalu, pasukan mencari menggunakan beg pengapungan besar untuk cuba menaikkan bahagian badan bangkai pesawat Airbus A320-200 itu yang berada di dasar laut pada kedalaman kira-kira 30 meter.
Pada satu ketika, mereka berjaya mengangkat bahagian badan bangkai pesawat itu untuk selama dua minit sebelum tali pengikatnya terputus. - AFP
5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI