Keputusan Piala FA Inggeris 2015 24 dan 25 Januari 2015. Dua pasukan gergasi EPL, Chelsea dan Manchester City masing-masing dimalukan oleh lawan mereka yang lebih kerdil, sekali gus gagal untuk mara ke pusingan seterusnya dalam perlawanan pusingan ke empat Piala FA Inggeris yang berlangsung penuh dramatik malam dan awal pagi tadi..
Chelsea yang mendahului 2-0 tewas akhirnya 2-4 di tempat sendiri kepada Bradford City, dengan bekas pemain Stamford Bridge, Filipe Morais menjaringkan gol penyamaan sebelum Andy Halliday menambah satu lagi gol sebelum tamat perlawanan dan Mark Yeates memastikan kemenangan menakjubkan pada masa kecederaan.
Sementara itu Manchester City pula kalah 0-2 di tempat sendiri kepada Middlesbrough. Patrick Bamford, yang dipinjam dari Chelsea, menjaringkan gol pembukaan sebelum Kike menambah gol kemenangan.
Di tempat lain, Leicester City menjaringkan dua gol pada lewat permainan untuk menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 di White Hart Lane, manakala Southampton kalah 3-2 di tempat sendiri kepada Crystal Palace.
Ini bermakna Chelsea, Manchester City dan Southampton yang sebelum ini menduduki tiga tangga teratas carta tersingkir.
Kejutan ini datang kurang dari 24 jam selepas Manchester United yang seri 0-0 kepada Cambridge United, di mana Louis van Gaal marah apabila Reds Devil gagal mengutip sebarang jaringan ke atas pasukan Divisyen 2 walaupun dibarisi dengan pemain-pemain terkemuka dunia.
Berikut adalah keputusan perlawanan Piala FA Inggeris yang berlangsung malam Sabtu dan awal pagi Ahad 24 dan 25 Januari 2015:
Blackburn Rovers 3 - 1 Swansea City
Manchester City 0 - 2 Middlesbrough
Birmingham City 1 - 2 West Bromich Albion
Cardiff City 1 - 2 Reading
Preston North End 1 - 1 Sheffield United
Derby County 2 - 0 Chesterfield
Sunderland 0 - 0 Fulham
Chelsea 2 - 4 Bradford City
Southampton 2 - 3 Crystal Palace
Tottenham Hotspur 1 - 2 Leicester City
Liverpool 0 - 0 Bolton Wanderers
5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI