Kelantan sekali lagi mengalami fenomena cuaca sejuk luar biasa sejak 3 hari lalu apabila beberapa daerah di Kelantan telah mencatatkan suhu sejuk luar biasa di antara 19 dan 20 darjah selsius terutamanya dari waktu tengah malam hingga awal pagi.
Gambar keadaan cuaca sejuk di Kelantan telah menjadi trending dan viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu. Cuaca sejuk yang melanda Kuala Krai difahamkan telah menjejaskan tidur mangsa banjir yang tinggal di khemah sementara di mana mereka terpaksa menggunakan selimut yang tebal.
Fenomena suhu sejuk ini pernah berlaku awal tahun 2014 lalu di Kuala Krai.
Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena cuaca sejuk bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.
“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.
“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,”
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Gambar keadaan cuaca sejuk di Kelantan telah menjadi trending dan viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu. Cuaca sejuk yang melanda Kuala Krai difahamkan telah menjejaskan tidur mangsa banjir yang tinggal di khemah sementara di mana mereka terpaksa menggunakan selimut yang tebal.
Fenomena cuaca sejuk di Kuala Krai |