Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Borang Permohonan SL1M (Skim Latihan 1Malaysia)

$
0
0
SL1M (Skim Latihan 1Malaysia)
Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). 

Jawatan yang ditawarkan termasuk dalam bidang operasi, pentadbiran, teknikal dan pemasaran. Antara syarikat yang terlibat ialah Maybank, Telekom Malaysia (TM), Malaysia Airlines (MAS) dan Aegis, sebuah syarikat multinasional dari India.
Graduan yang memenuhi kriteria dan lulus temuduga akan mempunyai peluang untuk diambil sebagai pekerja tetap setelah melalui latihan industri untuk tempoh antara lapan bulan dan setahun.
Maklumat lanjut sebagai peserta atau syarikat untuk menyertai program SL1M adalah seperti berikut. Anda boleh layari Laman Web SL1M di SINI :-

Struktur Latihan dan Modul
Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:

Latihan Kemahiran Insaniah - 2 Bulan
(Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah – minimum RM 1,000)
Komunikasi
Kemahiran Berfikir, Menganalisa dan kreatif
Penyesuaian Organisasi
Nilai-nilai maju diri serta Profesional
Etika Korporat, Pemakaian dan Adab
Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda:

Latihan di dalam kelas
Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris
Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris
Pengurusan Kewangan
Keusahawanan
penguasaan Motivasi Diri
Penguasaan Disiplin Diri
Pemantapan Rohani dan Jasmani
Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim

Latihan di luar kelas
Penerapan Semangat Berpasukan
Aktiviti Pengurusan Acara/Majlis
Projek Tanggungjawab Sosial Korporat
Latihan Fizikal dan Penerapan Disiplin
Tekwando
Aktiviti Berkawad
Sukan dan Kokurikulum Luar
Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni

Kursus Pra-Pekerjaan - (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan)
(Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra-Pekerjaan – minimum RM 1,000)

Penempatan Pekerjaan
Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir

TERMA DAN SYARAT SL1M
1. Graduan mestilah Warganegara Malaysia
2. Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
3. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
4. Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
5. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
6. Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia

Cara-cara mendaftar SL1M
1. Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan
2. Isikan maklumat lengkap beserta dokumen yang diperlukan

Klik Borang Permohonan SL1M

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>