Honda Jazz Baru Generasi Ketiga Yang Lebih Garang | Kenderaan kompak popular, Honda Fit yang lebih dikenali sebagai Honda Jazz di negara ini tampil menerusi model generasi ketiga yang dilancarkan di Jepun pada September tahun lalu.
Dalam tempoh 13 tahun, kereta itu yang kali pertama diperkenalkan pada Jun 2001 semakin diminati masyarakat global dengan mencatat jualan melebihi 4.87 juta unit di 123 negara.
Sama ada benar atau sebaliknya apabila ada khabar angin mengatakan kenderaan generasi ketiga itu bakal ‘menjengah’ pasaran tempatan pada tahun ini dan sebelum kenderaan itu muncul di pasaran negara ini tidak lama lagi, penulis mahu berkongsi sedikit pengalaman ketika memandunya secara ringkas di Jepun pada penghujung tahun lalu.
Pandu uji mengeliling separuh Litar Twin Ring, Motegi, Jepun adalah terlalu singkat tetapi memadai untuk penulis mengenalinya secara lebih dekat

BENTUK lebih garang.
Reka bentuknya secara kasar masih mengekalkan rekaan kenderaan kompak seperti varian terdahulu, namun penambahbaikan pada wajahnya tampak lebih menarik dan dinamik selepas menggunakan konsep ‘Exciting H Design’.
Bagaimanapun, generasi ketiga ini menampilkan reka bentuk yang boleh dijadikan sebagai penanda aras terbaru dalam pengeluar automotif dunia untuk segmen kenderaan kompak.
Bagi penulis, imej ditonjolkan sangat mengagumkan, lebih-lebih lagi rekaan lampu, bampar dan jeriji depan tampak tajam, sekali gus menyalurkan watak agresif.
Bampar depan juga dicipta dengan lubang angin yang besar bagi menyalurkan udara secara maksimum bagi mengurangkan kepanasan enjin.
Garisan pada bahagian tepi dari dapra depan hingga ke belakang kelihatan timbul untuk memberi bentuk istimewa, selain lebih gazh berbanding generasi terdahulu.
Ruang kabinnya lebih selesa dan luas serta dikemaskini dengan rekaan futuristik untuk memberi suasana lebih ceria kepada pemandu atau penumpangnya.
Kawalan di ruang kokpit dicipta untuk memberi tumpuan sepenuhnya ketika memandu, manakala tempat duduk penumpang depan kelihatan terbuka serta luas.
Tidak lupa juga bagi penumpang belakang apabila ia lebih selesa dengan kombinasi terbaru tempat duduk serta ruang kaki yang luas, sekali gus sesuai untuk perjalanan jauh.
Ketika sesi pandu uji itu, penulis menguji satu daripada varian Honda Fit iaitu model hibrid yang menggunakan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson DOHC i-Vtec dengan gabungan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan automatik.
Keistimewaan enjin ini terserlah apabila ia dipadankan Unit kuasa Pintar (IPU) dengan menggunakan bateri litium-ion dan mampu dipandu sehingga 36.4 kilometer bagi seliter petrol, sekali gus mencatat jarak paling jauh dalam kategori kenderaan hibrid di Jepun.
Ketika memandu uji jentera hibrid ini, penulis teruja melihat tombol gear berwarna biru yang tampak ringkas dengan rekaan seperti kenderaan futuristik. Panel meternya yang berlatar belakang lampu biru turut menceriakan suasana ketika waktu malam.
Sebaik memasuki gear ‘D’, kenderaan ini meluncur laju dengan kuasa pecutan yang mengagumkan biarpun ia kenderaan hibrid.
Ketika menekan pedal minyak secara agresif, bunyi enjin yang menyerap masuk ke dalam ruang kabin sangat minimum, di mana ia mampu mengurangkan gangguan kepada pemandunya.
Pengendaliannya di kawasan selekoh juga sangat menghiburkan kerana kestabilannya dan kurang rasa membuang ketika kelajuan mencecah 90 kilometer sejam (km/j).
Sebenarnya kestabilan itu berpunca daripada gabungan suspensi baru yang turut berfungsi memberi keselesaan dan mengurangkan rasa getaran ketika melalui jalan tidak rata.
Jentera ini juga tidak berkompromi berhubung isu keselamatannya selepas didatangkan Teknologi Kawalan Daya-G (G-CON) dan struktur kerangka ‘Advanced Compatibility Engineering’ (ACE) yang dicipta secara eksklusif oleh Honda untuk meningkatkan perlindungan penumpang ketika kemalangan.
Selain itu, ia dilengkapi Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan Bantuan Menaiki Bukit (HSA).
Bagi pasaran Jepun, Honda Fit ditawarkan dengan dua varian enjin membabitkan 1.3 liter kitaran Atkinson DOHC i-Vtec dan 1.5 liter pancitan terus DOHC i-Vtec.
Bagaimanapun, spesifikasi lengkap untuk generasi ketiga Honda Jazz yang bakal dibawa masuk ke negara ini masih belum diketahui lagi dan berharap ia hadir dengan beberapa ciri istimewa itu - myMetro
SPESIFIKASI:
ENJIN: 1.5 liter enjin kitaran Atkinson DOHC i-Vtec
KUASA MAKSIMUM: 110 PS pada 6,000 rpm
TORK MAKSIMUM: 134 Nm pada 5,000 rpm
TRANSMISI: Klac berkembar tujuh kelajuan automatik
HARGA: Belum diumum