Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Lapan Maut Kemalangan Ngeri Bas Berhampiran Tapah 15-1-2015

$
0
0
Kemalangan Ngeri Bas Berhampiran Tapah 15-1-2015

Lapan Maut Kemalangan Ngeri Bas Berhampiran Tapah 15-1-2015Seorang lagi mangsa bas persiaran terbakar dekat tol Tapah awal pagi ini meninggal dunia, menjadikan bilangan yang maut lapan orang, menurut Pengarah Hospital Tapah.

Sebelum ini dilaporkan sekurang-kurangnya tujuh penumpang disahkan rentung manakala 22 yang lain cedera dalam kemalangan di  KM326.3 Lebuhraya Utara Selatan PLUS, berhampiran susur keluar Tapah awal pagi ini.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi tadi berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands, Pahang.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw.

VIDEO KEMALANGAN NGERI BAS DI TAPAH DI SINI
Lapan Maut Kemalangan Ngeri Bas Berhampiran Tapah 15-1-2015

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan terbabas selepas dipercayai melanggar sebuah tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan.

Bas berkenaan kemudiannya terbabas ke laluan kiri dan melanggar sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan sebelum terbakar.
Lapan Maut Kemalangan Ngeri Bas Berhampiran Tapah 15-1-2015

Pemandu kereta jenis Daihatsu Charade itu dikatakan memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat berbuat demikian.

Berdasarkan maklumat mereka yang terselamat, ketika kemalangan bas itu dipercayai membawa 30 penumpang - Astro Awani. Gambar - Jabatan Bomba FB

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>