Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Tiada Lagi Sokongan Am Percuma Untuk Windows 7

$
0
0
Windows 7
Windows 7
Tiada Lagi Sokongan Am Percuma Untuk Windows 7Microsoft mengumumkan ia tidak lagi memberikan sokongan am secara percuma untuk sistem operasi Windows 7. Sistem operasi ini yang dilancarkan pada tahun 2009 dan telah terjual lebih 100 juta salinan hanya dalam tempoh enam bulan pertama pengeluarannya.

Ia dikatakan lebih stabil daripada Windows Vista dan lebih popular daripada Windows 8. Versi 7 keluaran Microsoft itu dianggarkan mendominasi penggunaan hampir separuh sistem komputer di dunia.


Langkah yang diambil oleh Microsoft itu dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan penggunaan sistem operasi Windows 8 dan keluaran terbaharunya Windows 10 tidak lama lagi.

Penamatan tersebut tidak bermakna pengguna Windows 7 akan menghadapi masalah dengan sistem komputer mereka, sebaliknya pengguna kini perlu membayar untuk sokongan am bermula 13 Januari 2015.

Pengguna walau bagaimanapun telah diberitahu agar tidak panik kerana syarikat itu berjanji untuk terus memberikan sokongan lanjutan untuk Windows 7 selama lima tahun lagi sehingga 14 Jan 2020.

Dalam perkembangan sama, warga media sosial telah mengutarakan pelbagai pendapat mereka di Twitter tentang isu ini.

Ada yang dilihat tenang dan tidak kisah tentang langkah yang dilakukan Microsoft. Tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604