Penolong setiausahanya, Azman Jalil, berkata adalah lebih wajar Jiminez dikekalkan kerana jurulatih itu berjaya meningkatkan prestasi pasukan pada dua aksi terakhir JDT dengan corak permainan pantas dan taktikal menarik.
Beliau berkata, Jiminez membuktikan kemampuannya apabila berjaya membantu JDT membenam Kedah 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA, Selasa lalu dan Selangor 4-1 dalam aksi Liga Super, malam kelmarin.
Hodak jadi pilihan?
“Kini timbul isu Jiminez akan digantikan dengan bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak. Saya difahamkan kemungkinan itu selepas aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Kedah di Stadium Darul Aman
“Apa pun, ia masih belum ada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
“Harapan saya dan juga penyokong JDT, biarlah Jiminez terus membimbing Harimau Selatan kerana sudah ada peningkatan yang ketara malah pemain juga mula menunjukkan keserasian dengan corak permainannya,“ katanya semalam - BH online