Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan Kemasukan UiTM 2015/ 2016 Sesi Akademik 1

$
0
0
Permohonan Kemasukan UiTM 2015/ 2016 Sesi Akademik 1

Permohonan Kemasukan UiTM 2015/ 2016 Sesi Akademik 1 Secara OnlinePermohonan kemasukan pelajar ke sesi Akademik 1 2015/2016 UiTM dibuka bermula pada 12 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015. Layari iklan kemasukan di http://online.uitm.edu.my/

Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

PERMOHONAN UPU KE IPTA SESI 2015/ 2016 KLIK SINI

Syarat Permohonan Kemasukan UiTM 2015/ 2016 Sesi Akademik 1
1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui http://online.uitm.edu.my bermula 12 Januari 2015 (Isnin).
2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di
http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2014
3. Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 12 Januari 2015 (Isnin) hingga 31 Mac 2015 (Selasa) dengan menggunakan nombor
kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 12 Januari 2015 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
4. Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN/PROFESIONAL/ PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN.
5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, TIADA pemulangan bayaran.

Syarat Am Permohonan Ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM):
1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
2. Bumiputera Warganegara Malaysia
3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.
6. Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN MEMOHON keperingkat pengajian yang sama kecuali pada
peringkat yang lebih tinggi.

PERMOHONAN ONLINE DIBUKA MULAI : 12 JANUARI 2015 HINGGA 31 MAC 2015

UNTUK MAKLUMAT LANJUT LAYARI : http://pengambilan.uitm.edu.my

atau hubungi

Bahagian Pengambilan Pelajar
Aras Bawah Bangunan UIC
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

No Telefon: (+603) 5544 3164 / 3166 / 3174
Faks: (+603) 5544 3170
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my/


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>