Zizan Razak Putus Cinta Dengan Emma Maembong. Percintaan mereka selama dua tahun akhirnya berakhir kerana Emma tidak mampu lagi bertolerasi dengan Zizan. Zizan turut menjelaskan punca perpisahan mereka bukan semata-mata kerana keinginannya untuk membeli kereta sport tetapi berbalik kepada sikap dirinya sendiri. Emma sebelum ini mengakui banyak memendam rasa dan makan hati dengan sikap Zizan.
Terbaru, Zizan Razak meminta agar diberikan sedikit ruang untuk mengulas isu keretakan hubungannya dengan Emma Maembong selain menganggap ia sebagai satu dugaan.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 31, berkata, buat masa ini dia tidak selesa untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung pendedahan Emma tersebut.
"Maafkan saya. Buat masa ini saya Tidak selesa untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung isu itu (putus cinta).
"Saya harap dapat diberi sedikit ruang buat sementara waktu ini kerana saya sendiri tidak tahu untuk cakap apa," katanya selepas selesai persembahanTahajjud Cinta Sirah Rasulullah di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Rabu - mStar online & BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI