Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Punca Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Di Perairan Indonesia

$
0
0

Punca Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas

Punca Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Di Perairan IndonesiaApakah punca sebenar pesawat AirAsia QZ8501 terhempas di perairan Indonesia tempohari? Inilah yang berlegar-legar di fikran orang ramai dan tidak terkecuali pakar-pakar penerbangan. Selagi kotak hitam tidak dijumpai lagi maka punca utama peswat terhempas tidak dapat dirungkai atau diketahui.

Walau bagaimanapun, pakar-pakar membuat andaian seperti dipetik dari Astro Awani yang cuaca ialah "factor pencetus" kepada tragedi Penerbangan AirAsia QZ8501 minggu lalu, di mana ais mungkin menjadi penyebab kerosakan enjin, menurut agensi meteorologi Indonesia.

"Berdasarkan data yang diterima di lokasi akhir pesawat dikesan, cuaca merupakan faktor yang mencetuskan kemalangan tersebut," menurut laporan agensi tersebut.

"Pengaisan pesawat berkemungkinan menjadi fenomena cuaca yang menyebabkan kerosakan enjin akibat proses penyejukan.

“Ini antara kemungkinan yang berlaku berdasarkan analisis data kaji cuaca sedia ada," menurut laporan itu lagi.

Laporan awal di laman web agensi meteorologi Indonesia, BMKG, berkata cuaca pada ketika pesawat kali terakhir dikesan menunjukkan ia berkemungkinan terbang ke dalam awan ribut.

Juruterbang penerbangan QZ8501 dilapor telah meminta kebenaran untuk terbang pada ketinggian lebih tinggi bagi mengelak ribut, tetapi permintaan tidak diluluskan kerana ada pesawat lain di atasnya, menurut kawalan trafik udara Indonesia, AirNav.

Dalam komunikasi terakhir, Kapten Iriyanto, seorang bekas juruterbang tentera udara berpengalaman, berkata dia mahu menukar laluan untuk mengelak ribut. Namun, komunikasi dengan menara kawalan terputus sejurus kemudian.

Pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia itu dilaporkan terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad, 28 Disember.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan selain usaha menjejaki bangkai pesawat serta alat perakam data penerbangan bagi mengenal pasti punca kemalangan.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>