Berita Terkini Misi Mencari Dan Menyelamat Pesawat AirAsia QZ8501. Pencarian kini masuk hari ketujuh dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah menjumpai 30 mayat di kawasan Kalimantan Tengah, setakat Jumaat, iaitu hari ke-enam operasi itu.
TERKINI - Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) menemui lokasi baharu tumpahan minyak yang dipercayai daripada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
Ketuanya, Marsekal Muda F Henry Bambang Soelistyo, berkata lokasi itu masih berada di sektor utama pencarian iaitu di kawasan Selat Karimata di mana serpihan dan mayat mangsa nahas ditemui.
"Kita lihat ada tumpahan minyak di sana," katanya semalam.
Daerah yang menjadi sektor keutamaan adalah lokasi lokasi penemuan semua mayat semalam.
Jakarta Post melaporkan, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata diantara 30 mayat itu, 10 telah diterbangkan ke Surabaya, empat masih berada di Pangkalan Bun, lapan berada atas dua kapal yang berasingan dan lapan lagi sudah pun berada di Surabaya.MetroTV pula melaporkan, Bambang berkata dua mayat yang dijumpai hari ini, masih terikat dengan kerusi penumpang.
Di dalam laporan AFP,Bambang berkata operasi pada Jumaat memfokuskan 1,575 batu nautika persegi, dengan 29 kapal dan 17 pesawat mencari di kawasan operasi.
"Terdapat dua tugasan penting, pertama untuk mencari bahagian badan pesawat yang paling besar.
"Kedua, mencari lokasi kotak hitam, atau perakam pesawat, yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, yang memulakan kerja mereka hari ini."
Ketua jawatankuasa itu memberitahu AFP bahawa 40 penyelam, termasuk 20 pakar laut dalam, tiba Jumaat dari Rusia untuk membantu operasi itu - Astro Awani
Live Update Misi Mencari Dan Menyelamat Pesawat AirAsia QZ8501 di LIVE Detiknews
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI