Gambar Kuala Krai Selepas Banjir Macam Dilanda Tsunami. Statistik jumlah mangsa banjir pada malam ini, 29 Disember 2014 di Kelantan dan Terengganu dilaporkan terus menurun tetapi sebaliknya Pahang menunjukkan peningkatan bilangan mangsa yang dipindahkan.
Di Kelantan, negeri yang yang paling teruk dilanda banjir kali ini, jumlah mangsa berkurangan kepada 142,564 orang malam ini berbanding 147,072 pada sebelah petang.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata 43,558 mangsa berada di 63 buah pusat di Kota Baharu, Pasir Mas (23,568 mangsa/35 pusat), Pasir Putih (192 mangsa/dua pusat), Tumpat (26,584 mangsa/32 pusat), Tanah Merah (3,546 mangsa/24 pusat).
Seramai 8,289 mangsa di Machang berada di 34 pusat pemindahan, Kuala Krai (23,500 mangsa/103 pusat) dan Gua Musang (13,327 mangsa/24 pusat).
Dari perkongsian di laman sosial, beberapa kawasan di Kelantan banjir dilaporkan telah surut membolehkan mangsa pulang ke rumah masing-masing. Dari perkongsian gambar oleh FB Raja Mahizan Tuan Zaid, keadaan selepas banjir surut di Kuala Krai amat menyedihkan dan memilukan. Gambar-gambar kemusnahan akibat banjir umpama tsunami melanda termasuk.ada yang kehilangan rumah dan ada yang rumah hanya tinggal tiang kayu serta papan akibat banjir. Kenderaan rosak dan juga banyak sampah sarap termasuk pokok besar tumbang. Gambar kemusnahan teruk di Manek Urai kerana banjir ada dilaporkan di SINI.
Musibah ini sesungguhnya membuka ruang kepada yang mampu untuk menderma dan bersedeqah. Moga masyarakat terus bersatu bantu membantu antara sama lain. Sedih dan terharu juga membaca kisah-kisah mereka yang hampir kebuluran di beberapa tempat. Moga Allah swt menggantikan yang terbaik buat yang terlibat.
Bagi rakyat Malaysia yang sudi memberikan bantuan wang atau barangan, boleh layari di Tabung Bantuan.
INFORMASI TERKINI BANJIR DI MALAYSIA KLIK SINI
Gambar kredit FB Raja Mahizan Tuan Zaid
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI