Jersi Baru Pasukan JDT 2015. Seperti yang dilaporkan sebelum ini di SINI, tiga acara penting akan berlangsung malam ini Isnin, 29 Disember 2014 jam 830 malam bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Majlis sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur akan diadakan seiring dengan majlis pelancaran jersi dan memperkenalkan pemain-pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim 2015.
Sebagai tanda prihatin kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan Johor, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan menyerahkan sumbangan sebanyak RM250,000. Majlis penyerahan cek itu akan dihadiri oleh wakil Setiausaha Kerajaan (SUK) Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Majlis itu dijadualkan berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada jam 8:30 malam.
- Majlis sumbangan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur
- Majlis pelancaran jersi baru JDT 2015
- Majlis memperkenalkan pemain-pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim 2015.
* Gambar jersi baru JDT 2015 akan dikongsikan semasa pelancaran malam ini.
Jersi baru Harimau Selatan untuk musim 2015. Design yang lebih simple daripada Nike dan dijual dengan harga jersi RM189.
kredit FB JHS
Jersi JDT 2015 Alternate |
Jersi JDT 2015 Home |
Jersi JDT 2015 Away |
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI