Pesawat AirAsia QZ 8501 Dilaporkan Terhempas Di Perairan Belitung Indonesia. Pegawai penguat kuasa Indonesia, AKP Yanto mengatakan, maklumat awal yang diperoleh daripada Pengarah Polis Udara Indonesia, Babel menjangkakan pesawat AirAsia yang hilang pagi ini, terhempas di perairan Belitung, namun lokasi sebenar masih disiasat
Sementara itu, Pembantu Ketua Daerah Belitung Timur, Yuhinu ketika menghubungi bangkapos.com hari ini memberitahu, seorang saksi, Pak Danlanud menghubunginya dan beritahu bahawa ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Belitung Timur. - Agensi
BERITA TERKINI PESAWAT AIRASIA QZ 8501 HILANG DI SINI
Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, berdasarkan daftar penumpang pesawat dengan nombor penerbangan QZ8501, 149 penumpang lain terdiri daripada warganegara Indonesia.
“Warganegara Singapura seorang, United Kingdom seorang dan Korea Selatan tiga orang termasuk bayi,” kata Hadi dalam wawancara dengan stesen televisyen Metro TV sebentar tadi.
SENARAI NAMA PENUMPANG PESAWAT AIRASIA QZ 8501 YANG HILANG DI SINI
Pesawat tersebut berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI