Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2015/ 2016

$
0
0
Permohonan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2015/ 2016. Berbeza dengan IPTA yang lain, Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai proses permohonan tersendiri. Jika anda seorang pelajar lepasan Matrikulasi / Asasi, STPM atau Diploma dan ingin meneruskan pengajian di USM, berikut disertakan cara ringkas dan mudah bagaimana untuk memohon kemasukan ke USM seperti dipetik dari laman web Pohon @ USM.
  
1.Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM)
  
 1.1 Calon-calon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
 1.2Calon perlu membeli nombor PIN USM PERDANA [RM40] di mana-mana cawangan BSN terlebih dahulu sebelum melakukan proses pendaftaran.
 1.3Calon akan diberikan nombor Rujukan selepas melakukan pendaftaran. 
 1.4 Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
 1.5 Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi Uitm/PASUM dan STPM, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/setaraf.
 1.6Program pengajian Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Sains Farmasi, Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetitif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
 1.7Calon-calon tidak akan ditawarkan program pengajian yang tidak dipohon.
  
Selain permohonan USM, anda juga boleh membuat permohonan ke IPTA lain melalui Permohonan UPU

2.Permohonan di IPTA lain
  
 Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) seperti yang akan diiklankan oleh BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi. Panduan Permohonan boleh dirujuk di SINI
  
3.Calon Yang Berjaya Ditawarkan Tempat Di USM
  
 Calon perlu mengesahkan penerimaan atau penolakan terhadap tawaran yang diterima dari USM. Sekiranya calon tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon akan dianggap sebagai MENOLAK tawaran.
  
4.Maklumat Am Permohonan
  
 4.1 Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
 4.2 Tarikh temuduga akan dimaklumkan mulai akhir bulan April dan boleh disemak di laman web http://pohon.usm.my
 4.3 Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temuduga adalah di bawah tanggungan calon.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>