Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Hukum Buat Rambut Fesyen Trojan

$
0
0
Rambut trojan

Hukum Buat Rambut Fesyen Trojan | SALAM ustaz, kalau kita lihat masa kini ramai lelaki yang semakin memilih untuk membotakkan kepala. Ia sudah seperti satu trend. Persoalan saya apakah hukum membotakkan kepala di dalam Islam?

Jawapan
Secara asas, membotakkan kepala bagi lelaki hukumnya adalah harus. Keharusan ini amat jelas dituntut, bahkan menjadi ibadah apabila ia dilakukan selesai daripada haji dan umrah. Ia disebut sebagai tahallul. Amalan tahallul adalah dengan bergunting beberapa helai rambut atau bercukur.

Ia juga menjadi sesuatu yang harus yang dituntut apabila terdapat tujuan perubatan seperti ada pembedahan, penyakit di kepala, kelemumur yang terlalu banyak dan sebagainya. Dalam keadaan yang lain, membotakkan kepala adalah harus. Perkara ini terserah kepada setiap insan untuk menguruskan urusan peribadinya yang berkaitan dengan rambut.

Ada anggapan bahawa membotakkan kepala adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Apabila diselidiki dalam catatan sunnah, baginda tidaklah membotakkan kepala sepanjang masa. Sebaliknya Nabi SAW membotakkan kepala apabila selesai menunaikan haji atau umrah. Dalam suasana yang lain, Nabi SAW tidak membotakkan kepala.

Walau bagaimanapun, perbuatan membotakkan separuh kepala dan membiarkan separuh lagi tidak dibotakkan merupakan perbuatan yang ditegah. Amalan ini disebut sebagai qaza’. Nabi SAW melarang amalan qaza’. Maka sewajarnya dan sewajibnya umat Islam tidak meniru perbuatan sesetengah fesyen yang membotakkan separuh kepala sahaja.

Mungkin amalan membotakkan kepala seperti trojan termasuk dalam hadis qaza’. Maka amalan mencukur rambut di tepi dan membiarkan rambut di bahagian tengah sahaja mestilah dielakkan.

Derhaka kepada Allah
Amalan membotakkan kepala juga tidak sewajarnya dilakukan jika ia merupakan syiar atau trend golongan yang derhaka kepada Allah SWT. Apabila wujud satu kumpulan yang membotakkan kepala lalu kita juga membotakkan kepala sempena kedatangan kumpulan tersebut ke negara kita, ia seolah-olah kita bersama dengan kumpulan tersebut.

Maka hukum harus membotakkan kepala bertukar menjadi makruh kerana ia seolah-olah sokongan kepada kumpulan yang membuat derhaka kepada Allah. Katakan membotakkan kepala adalah lambang golongan homoseks, maka perbuatan membotakkan kepala ketika itu menimbulkan fitnah secara tidak langsung.

Begitu juga amalan membotakkan kepala tidak wajar dilakukan bagi menyatakan kesedihan atau musibah yang menimpa. Dalam satu riwayat hadis disebutkan bahawa bukan daripada golongan kami sesiapa yang membotakkan kepala, mengoyak pakaian dan meninggikan suara bagi meratapi mayat. 

Dapat difahami, hadis ini menerangkan bahawa perbuatan membotakkan kepala bagi menyatakan kesedihan bukanlah daripada ajaran Islam.

Bagi golongan yang ingin membotakkan kepala, hendaklah jelas tujuan dan kaedah bagi membotakkan kepala - Utusan online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>