Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan Manual Atasi Masalah e-BR1M 2015 Online

$
0
0
e-BR1M 2015

Permohonan manual atasi masalah e-BR1M 2015 Online. Laman web e-BR1M kini bermasalah sukar diakses masuk. Nampaknya terlalu ramai pemohon BR1M 2015 cuba untuk mengemaskini dan membuat permohonan dalam sesuatu masa telah memberikan kesan kepada laman web e-BR1M 2015 - https://ebr1m.hasil.gov.my/

Akibatnya ada yang tidak dapat mengakses laman web ini secara sempurna dan ada juga yang tidak dapat melengkapkan permohonan atau update secara lengkap akibat kegagalan capaian sistem online.

Oleh itu untuk mengatasinya, pemohon boleh membuat permohonan atau kemaskini BR1M 2015 secara manual. 

PANDUAN MAKLUMAT BORANG BR1M 2015

1) BORANG PERMOHONAN BARU BR1M 2015 (BK-01B)
i. Diisi bagi pemohon baru yang ingin memohon BR1M 2015
ii. Ruangan di borang permohonan BR1M 2015 perlu diisi dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang berkaitan.
iii. Dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan.

2) BORANG KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2015 (BK-01A)
i. Diisi bagi tujuan kemas kini maklumat permohonan BR1M 2015 oleh:
a) pemohon yang lulus BR1M 2014
b) pemohon yang telah membuat permohonan baru BR1M 2015
ii. Ruangan di borang kemas kini permohonan BR1M 2015 perlu diisi dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang berkaitan.
iii. Dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan.

3) BORANG i-BR1M 2014
i. Diisi oleh waris penerima BR1M 2014 yang telah meninggal dunia / kemalangan dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014 bagi tujuan tuntutan manfaat perlindungan i-BR1M.
ii. Ruangan di Borang i-BR1M 2014 perlu diisi dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang berkaitan.
iii. Tuntutan i-BR1M 2014 oleh waris boleh dibuat sehingga 31 Mac 2015.
iv. Dihantar ke pejabat cawangan pengendali takaful yang berkaitan atau ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) LHDNM yang berdekatan.

4) AKUAN PENERIMAAN BORANG PERMOHONAN BERKELOMPOK BR1M 2015 (BK-06)
i. Diisi oleh wakil Pejabat Daerah / Pejabat Setiausaha Kerajaan / Jabatan Pembangunan Persekutuan yang menghantar Borang Permohonan BR1M 2015 secara berkelompok.
ii. Dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) LHDNM bersama senarai maklumat pemohon (nama dan nombor pengenalan) serta borang permohonan BR1M 2015 yang telah dihantar oleh pemohon.

5) BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BR1M 2015 (BK-13)
i. Diisi oleh pemohon BR1M 2015 yang ingin membuat pembatalan permohonan disebabkan:
a) Tidak memerlukan BR1M / pemulangan wang BR1M
b) Pendapatan lebih dari syarat kelayakan
c) Suami / isteri telah membuat permohonan
d) Dan lain-lain
ii. Ruangan di Borang Pembatalan Permohonan perlu diisi dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang berkenaan.
iii. Dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) LHDNM yang berdekatan.

6) BORANG SERAHAN SALINAN PENGENALAN BR1M 2015 (BK-17)
i. Diisi oleh pemohon BR1M 2015 yang telah membuat permohonan dan ingin menghantar
semula salinan dokumen pengenalan sahaja (tidak bersama borang permohonan).
ii. Ruangan di Borang Serahan Salinan Pengenalan perlu diisi dengan lengkap dan sertakan
salinan dokumen yang berkenaan.
iii. Dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) LHDNM
yang berdekatan

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>