Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Malaysia Lawan Vietnam Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014

$
0
0
Live streaming Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014
Malaysia layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014. Malaysia bangkit setelah hampir tersingkir dari Piala AFF Suzuki 2014 dengan 2 jaringan lewat dari Safiq Rahim dan Indra Putra Mahyuddin.

Malaysia menewaskan musuh tradisi, Singapura 3-1 untuk menempah tiket ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014 bertemu Juara Kumpulan A, Vietnam. Satu lagi perlawanan menemukan Thailand, Juara Kumpulan B bertemu dengan Filipina.

Pada perlawanan menarik malam ini, Malaysia mendahului Singapura hasil jaringan Safee Sali pada minit ke 61. Rembatan deras beliau hasil hantaran Amri Yahyah gagal diselamatkan oleh Penjaga gol Singapura, Hassan Sunny.

Singapura bangkit selepas itu dengan serangan bertali arus dan hasilnya pada minit ke 83, Khairul Amri menolak masuk bola ke gol setelah tepisan Khairul Fahmi  tepat kepada beliau. 

Ketika perlawanan hampir tamat, Malaysia diberikan penalti kontroversi apabila Amri Yahyah dikasari di kotak penalti oleh pertahanan Singapura. Safiq Rahim tidak menghampakan dengan menyempurnakan penalti untuk kedudukan 2-1 pada minit ke 93 perlawanan. 

Indra Putra kemudian menghasilkan gol ketiga Malaysia selepas Malaysia membuat counter attack dari serangan Singapura ketika gawang gol tanpa penjaga gol.

KEDUDUKAN AKHIR PERINGKAT KUMPULAN PIALA AFF SUZUKI 2014
carta kumpulan Piala AFF Suzuki 2014

Malaysia akan bertemu Vietnam pada 7 Disember 2014, AHAD di Malaysia dan perlawanan kedua timbal balik di Vietnam pula pada Khamis 11 Disember 2014. Amri Yahyah dan Kapten, Shukor Adan tidak akan beraksi atas penggantungan keranan menerima 2 kad kuning. Jadual dan keputusan terkini Piala AFF Suzuki 2014 ada di SINI.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>