Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Shisha Haram Di Singapura Bermula Hari Ini

$
0
0
Shisha Haram

Shisha telah diharamkan di Malaysia seperti dilaporkan di SINI. Kini giliran Singapura pula mengharamkannya termasuk pengedaran dan penjualan shisha yang berkuat kuasa pada Jumaat 28 November 2014, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan.

Pengharaman tersebut adalah mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan).

Lesen pengimport tembakau dan peruncit yang mengimport dan menjual tembakau shisha akan diberi kebenaran meneruskan import dan jualan tembakau shisha sehingga 31 Julai 2016 sebagai langkah peralihan bagi memberi masa yang secukup untuk mereka menghabiskan stok serta menstrukturkan semula perniagaan, sekali gus meninggalkan perniagaan shisha.

Kesalahan Shisha Di Singapura
Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksium S$10,000 (RM25,763) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali.

Malah atas kesalahan susulan, denda maksimum adalah $S20,000 (RM51,561) atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali akan dikenakan terhadap sesiapa yang melanggar larangan tersebut.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>