Berikut adalah senarai applikasi dimana anda boleh mendapatkan simpanan atau setoran tambahan untuk iPhone anda?
iCloud Drive
Masih ada pengguna iPhone yang tidak menyedarinya tetapi anda boleh mendapatkan kapasiti 5GB secara percuma.
OneDrive
Dulu dikenali sebagai SkyDrive, ia adalah produk Microsoft yang memberikan anda 15GB setoran percuma. Kalau anda pasang aplikasinya, anda akan peroleh lagi 8GB tambahan.
Manakala jika anda aktifkan lagi backup foto dalam ke aplikasi ini, anda dapat lagi 3GB. Sekiranya anda menjemput lagi orang lain untuk sign in, anda akan peroleh 500MB untuk setiap seorang diperkenalkan secara percuma (maksimum 10 orang sama nilai dengan 5GB).
Amazon Cloud Drive Photo
Ia memberikan anda 5GB percuma untuk menyimpan foto.
Box
Aplikasi ini menawarkan 10GB secara percuma pada akaun basic
Google Drive
Jika anda mempunyai akaun Gmail (pasti ramai yang ada), muat turun aplikasi Drive dari Google dan dapatkan setoran sebanyak 15GB secara percuma.
iPhone anda kini mempunyai 61GB setoran tambahan secara percuma. Jadi, tiada masalah jika anda membeli iPhone 6 atau 6 plus dengan saiz kapasiti 16GB saja.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI