Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2014 Terengganu | Keputusan UPSR 2014 telah diumumkan pagi ini dengan pencapaian Gred Purata (GP) Terengganu untuk UPSR 2014 telah meningkat sebanyak 0.06 mata iaitu 2.14 berbanding 2.20 pada tahun 2013. Jumlah GP ini mengatasi pencapaian peringkat nasional iaitu pada 2.29. Walau bagaimanapun jumlah pelajar mencapai keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.90 peratus atau 476 calon berbanding tahun lepas.
Tahun ini hanya 2,563 pelajar daripada 21,099 iaitu 12.10 peratus yang berjaya memperolehi semua A berbanding 3,039 pelajar tahun lepas.
Sebanyak 49 daripada 377 sekolah di negeri itu berjaya memperoleh peratus semua A, dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok, Hulu Terengganu merupakan sekolah terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.23.
Berikut adalah senarai sekolah terbaik keputusan UPSR 2014 Terengganu :
SUMBER Gambar - https://ms-my.facebook.com/TerengganuTimes/
Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2014 Terengganu
1. SK Bukit Tadok (Hulu Terengganu)-GPS 1.23
2. SK Kemat (Hulu Terengganu)- GPS 1.23
3. SMK Chalok (Setiu)- GPS 1.24
4. SK Kampung Tayor (Setiu)- GPS 1.30
5. SK Dusun (Hulu Terengganu)- GPS 1.32
6. SK Kuala Berang (Hulu Terengganu)- GPS 1.34
7. SK Pasir Raja (Dungun)- GPS 1.34
8. SK Kampong Jaya (Setiu)- GPS 1.37
9. SK Binjai Kertas (Hulu Terengganu)- GPS 1.37
10. SK Tapu (Hulu Terengganu)- GPS 1.38
11. SK Tok Dor (Besut)- GPS 1.40
12. SK Teris (Hulu Terengganu)- GPS 1.43
13. SK Tepus (Dungun)- GPS 1.47
14. SK Paya Bunga (Kuala Terengganu)- GPS 1.48
15. SK Tengku Ampuan Intan (Hulu Terengganu)- GPS 1.48
16. SK Seri Berang (Hulu Terengganu)- GPS 1.48
17. SK Pauh (Hulu Terengganu)- GPS 1.51
18. SK Rantau Petronas (Kemaman)- GPS 1.51
19. SK Amer (Besut)- GPS 1.53
20. SK Tengu Mahmud (Besut)- GPS 1.53
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI