Perhimpunan Agung UMNO 2014 akan berlangsung bermula dari 25 hingga 29 November 2014 ini - Tarikh Perhimpunan UMNO 2014 (PAU 2014).
Antara aturcara Perhimpunan Agung UMNO 2014 adalah seperti berikut :
1) Taklimat Presiden pada 25 November 2014
2) Perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malam 25 November 2014
1) Taklimat Presiden pada 25 November 2014
2) Perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malam 25 November 2014
3) Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 26 November
4) Persidangan perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula pada 27 November
4) Persidangan perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula pada 27 November
Bagi Perhimpunan Agung UMNO, perwakilan yang layak hadir selaras dengan Fasal 8.4 Perlembagaan UMNO adalah seperti berikut :
1. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
2. Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
3. Wakil yang dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus (500) orang ahli dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tidak lebih dari tujuh (7) orang dari satu Bahagian termasuk Bahagian yang Jawatankuasanya sedang digantung jika Bahagian itu boleh mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian dengan sempurna.
4. Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri dan Setiausaha Bahagian yang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagiannya. Mereka ini yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.
5. Tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda dan sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.
Manakala bagi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri selaras Fasal 9.2 Peraturan Pergerakan, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri hendaklah terdiri daripada :
1. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap jika mereka adalah Ketua Pergerakan Bahagian, mereka boleh melantik ganti ke Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.
2 Jawatankuasa Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Malaysia.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI