Bermain sangat buruk, itulah yang dapat disimpulkan dari perlawanan kedua Kumpulan A antara Indonesia dan Filipina petang tadi. Indonesia dibelasah teruk 4-0 oleh Filipina di Stadion My Dinh Hanoi,Vietnam, Piala AFF Suzuki 2014.
Filipina mendominasi permainan sepenuhnya walaupun Indonesia beraksi dengan 10 pemain setelah Rizki Pora diberikan kad merah pada minit ke 73 perlawanan.
Filipina mendahului 1-0 pada minit ke-16 hasil tendangan penalti Phil Younghusband. Tiga gol lain dijaringkan oleh Manuel Ott (52'), Martin Steuble (67') dan Rob Gier (79').
KEPUTUSAN TERKINI PIALA AFF SUZUKI 2014 DI SINI
Filipina hampir pasti layak ke semifinal dengan kedudukan 6 mata dari 2 perlawanan kerana sebelum ini mereka mengalahkan Laos 4-1.
Dengan kekalahan ini, Indonesia hampir pasti tersingkir kecuali Filipina mampu menewaskan tuan rumah, Vietnam dalam perlawanan ketiga kumpulan dan Indonesia menang atas Laos. Jika Filipina dan Vietnam seri maka Indonesia akan tersingkir.
Video Gol Indonesia vs Filipina 0-4 AFF Suzuki Cup 2014
Barisan Pemain:
Indonesia: Kurnia Mega; Zulkifli Syukur, Raphael Maitimo, Rizki Pora, Achmad Jufriyanto, Muhammad Roby, Zulham Zambrun (Cristian Gonzales 65'), Firman Utina (Manahati Lestusen 70'), Muhammad Ridwan (Boas Salossa 46'), Syamsul Arif, Sergio van Dijk.
Filipina: Patrick Deyto; Juan Luis Guirado (Robert Dazo (15'), Manuel Ott, Misach Bahadoran Dasuke Sato, Amani Aguinaldo, Jerry Lucena, Martin Steuble, Simone Rota, Patrick Reichelt (Christoper Barbon 62'), Philip Younghusband.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI