Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Senarai Tempat Menarik Di Melaka Negeri Bersejarah

$
0
0
Tempat Menarik Di Melaka
Cuti sekolah hujung tahun 2014 kini bermula. Cuti sekolah penggal persekolahan 2015 boleh rujuk di SINI. Sudah tiba masanya untuk kita sekeluarga bercuti untuk memberikan keseronokan kepada anak-anak yang penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun.

Kalau pergi bercuti di Malaysia, kunjungan ke Melaka tidak boleh dilupakan kerana banyak tempat menarik di sini. Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah). Pada tahun 2008 Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan :

Negeri Sembilan di utara;
Johor di tenggara; dan
Selat Melaka di barat.

Berikut adalah tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Melaka sempena cuti sekolah ini :-

1) Taman Rama-Rama Melaka
2) Taman Buaya Melaka
3) Coral Wonderland Melaka
4) Jonker BirdHouse di kawasan Chinatown Melaka
5) Muzium Kapal Selam Melaka di Pantai Klebang
6) Muzium Lebah Sedunia 
7) Masjid Selat Melaka
8) Menara Taming Sari
9) Muzium Kesultanan Melaka
10) Muzium Islam Melaka
11) Melaka River Cruise
12) Melaka Wonderland Theme Park & Resort 
13) A'Famosa Resort
14) Ladang Dusun D Paradise
15) Zoo Melaka & Night Safari - zoo kedua terbesar di Malaysia
16) Taman Rama-rama dan Reptilia
17) Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN
18) Taman Botanikal Melaka
19) Medan Ikan Bakar Umbai
20) Muzium Baba Nyonya
21) Kota A Famosa
22) Planetarium Melaka
23) Masjid Kampung Kling
24) Jonker Walk
25) Kampung Morten
26) Muzium Samudera atau “Muzium Kapal” yang terletak di Jalan Merdeka
27) Masjid Kampung Hulu adalah masjid tertua yang masih wujud dan diimarahkan di Melaka. 
28) Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon di Ujong Pasir
29) Makam dan perigi Hang Tuah
30) Perigi Hang Lipo

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604