Skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih, Dollah Salleh, akan memulakan aksi pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Ahad ini jam 500 petang bertemu Myanmar.
Perlawanan pertama ini amat penting bagi meneruskan rentak kecemerlangan seterusnya untuk perlawanan kedua dan ketiga menentang Thailand dan tuan rumah, Singapura.
Dua perlawanan awal kumpulan B termasuk aksi kedua menentang Thailand pada 26 November ini akan diadakan di Stadium Jalan Besar yang menggunakan rumput padang tiruan. Malaysia hanya akan beraksi di padang rumput biasa di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub menentang Singapura pada 29 November ini.
Mampukah skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 2014 tahun ini? Saksikan perlawanan pembukaan perlawanan Malaysia lawan Myanmar Ahad ini 23 November 2014 jam 500 petang di SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI