Berikut adalah langkah-langkah penting yang perlu dibuat untuk pemohonon baru Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Langkah 1 - Daftar
Daftar akaun di www.pr1ma.my dan lengkapkan borang pendaftaran serta muat naik dokumen-dokumen sokongan.
Langkah 2 - Mohon
PR1MA akan memaklumkan para pendaftar bagi permohonan cabutan undi apabila pembangunan dilancarkan
Permohonan perlu dilengkapkan kerana cabutan undi tidak secara automatik
PR1MA akan memaklumkan para pendaftar melalui e-mel dan SMS apabila terdapat pembangunan yang dibuka untuk permohonan kawasan pilihan anda
Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
Klik "Permohonan" untuk mendapatkan maklumat lanjut pembangunan yang dibuka untuk permohonan
Muat naik dokumen-dokumen sokongan:
- Bekerja
- 3 bulan penyata bulan terkini
- Surat pengesahan majikan
- Penyata KWSP
- Bekerja/perniagaan sendiri
- 3 bulan penyata bank bulan terkini
- Penyata LHDN terkini
Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan
Terima e-mel pengesahan permohonan
3. Langkah Pengundian
Keputusan cabutan undi akan diumumkan di www.pr1ma.my
Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel
Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda
Syarat Asas Kelayakan PR1MA
1. Warganegara Malaysia
2. Bujang atau Berkahwin dan berumur 21 tahun dan ke atas
3. Pendapatan Isi Rumah Individu atau keluarga (suami isteri) di antara RM2,500 hingga RM10,000 sebulan
4. Tidak memiliki lebih daripada satu hartanah samada anda atau pasangan anda
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI