Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Gempa Kuat Gegar Maluku Amaran Tsunami Dikeluarkan

$
0
0
Gempa bumi kuat 7.3 magnitud melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, sebentar tadi, 15 November 2014 dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.
Gempa bumi Maluku Amaran Tsunami
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa berkenaan berpotensi menyebab tsunami di sepanjang pantai kepulauan berkenaan.
Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa pada pagi ini berpusat di 154 kilometer di barat daya Kota Ternate di kedalaman 47 kilometer.
Setakat ini tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan.
"Ombak tsunami kemungkinan melanda pantai dalam jarak 300 kilometer," kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
Pusat itu menyatakan gelombang tsunami boleh melanda sebahagian Indonesia, termasuk Filipina, Jepun, Taiwan dan kepulauan Pasifik Selatan.
"Kami sudah mengeluarkan amaran awal tsunami," kata pegawai dari Agensi Meteorologi Indonesia. - AP/AFP
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>