Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Kajang 2014

$
0
0
PRK Kajang

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan diadakan pada 23 Mac 2014 manakala hari penamaan calon ditetapkan 11 Mac.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata daftar pemilih sedia ada mengandungi 39,208 pemilih berdaftar.

Daripada jumlah pemilih berdaftar itu, 38,055 adalah pengundi biasa, 1,197 adalah pengundi awal dan bakinya iaitu 26 orang merupakan pengundi tidak hadir.

Abdul Aziz berkata, pengundian awal pilihan raya kecil DUN Kajang itu telah ditetapkan pada 19 Mac.

"SPR akan menggunakan kompleks sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Seksyen 15, Bandar Baru Bangi sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi.

“Sebanyak 18 pusat undi akan dibuka untuk tujuan pengundian, iaitu tiga buah pusat mengundi awal dan 15 buah pusat mengundi bagi pengundian biasa," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK Kajang, Rabu.

Ujarnya lagi, Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman akan dilantik sebagai pengurus pilihan raya dibantu oleh tiga penolong pegawai pengurus.

Dakwat kekal juga akan diguna semasa hari mengundi seperti sebelum ini.

Beliau juga meminta semua pihak terutama calon dan pemimpin parti yang bertanding agar mematuhi peraturan dan tata etika yang ditetapkan semasa tempoh berkempen selama 12 hari itu.

Beliau berkata seramai 637 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.

SPR juga memaklumkan bahawa kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil Kajang ini adalah sebanyak RM 1.6 juta.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604