Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah berkenan dengan pelantikan baginda selaku penaung Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (Pfam).
Ketua Pegawai Eksekutif Pfam, Izham Ismail berkata, baginda menyatakan persetujuan berkenaan ketika rombongan Pfam yang terdiri daripada beliau sendiri bersama dua wakil persatuan iaitu Presiden Pfam, Hairuddin Omar serta Timbalannya, Rezal Zambry Yahya yang beraksi bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan perjumpaan dengan baginda pada Ahad.
Pfam yang berperanan menjaga hak para pemain profesional tempatan seperti kontrak , gaji dan kebajikkan para pemain, berharap pemain-pemain bolasepak profesional di Malaysia akan lebih dilindungi dimana kes-kes seperti gaji pemain yang tidak dibayar berbulan-bulan akan dapat diselesaikan dimana secara tidak langsung akan meningkatkan lagi produktiviti para pemain dan mengelakkan gejala bookie dalam bolasepak Malaysia.
gambar kredit Johor Southern Tigers
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI