Pengasas Facebook dan orang ke-16 terkaya di dunia, Mark Zuckerberg tidak banyak mengubah diri beliau menjadi ‘orang lain’ – sekurang-kurangnya daripada aspek berpakaian.
Zuckerberg, 30, memiliki harta dianggarkan bernilai AS$33 bilion (RM110.4 bilion) sudah sekian lama tampil di khalayak ramai dengan baju kemeja T kelabu yang sama.
Dalam sesi soal jawab melalui Facebook, Zuckerberg berkata,
"Memilih baju atau pakaian setiap pagi hanya membuang masa atau tidak berfaedah kepadanya"
"Tetapi anda jangan risau. Saya tidak mengenakan kemeja T yang sama setiap hari kerana saya ada koleksi baju seperti itu yang banyak,”
“Saya perlu bersederhana dan membuat sedikit keputusan setiap hari, kecuali apabila saya memikirkan bagaimana memberikan khidmat terbaik kepada komuniti Facebook,”
"memikirkan menu sarapan setiap pagi juga adalah mengarut"
Justeru, kata Zuckerberg, dia lebih gemar mengenakan kemeja T kelabu setiap hari dan memanfaatkan masa yang biasanya digunakan orang lain untuk memilih pakaian dengan aktiviti yang lebih berfaedah.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI