Dua lelaki warga Singapura maut selepas kereta mewah jenis Porsche 911 Turbo yang dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan di Lebuh raya Kuala Lumpur- Seremban, awal pagi tadi.
Difahamkan mangsa yang maut adalah Kwek Kun Chon (Guo Gungjun), 35 dan Franco Toh, 43. Kwek merupakan seorang pelumba kereta manakala Franco adalah seorang jurufoto profesional.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 2.15 pagi itu mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 43 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.