Terkini Masjid Al-Aqsa Dalam Situasi Bahaya | Isu perebutan Masjid Al-Aqsa yang menjadi punca ketegangan antara penduduk Palestin dan puak Yahudi sejak beberapa minggu lalu kini makin memuncak dan meletakan Masjid Al-Aqsa kini dalam situasinya yang paling merbahaya, dan apa sahaja cara adalah dibenarkan bagi menentang penjajahan.
Post from the page's friend, M Zahir M Ariffin. #Friends_Of_Palestine |
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menukar status quo kawasan suci di Baitulmaqdis, walaupun berhadapan tekanan daripada aktivis Yahudi berhaluan kanan serta anggota Parlimen Israel, yang mahu tapak itu dijadikan milik Yahudi.
Kenyataan Netanyahu itu dilihat sebagai cubaannya untuk meredakan kebimbangan penduduk Palestin terhadap rancangan rejim Zionis Israel yang mahu menukar status quo Masjid Al-Aqsa, yang merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam seperti dilaporkan di SINI.
Di bawah peraturan yang ditetapkan untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, yang ditadbir oleh pihak berkuasa Jordan, penganut Yahudi dibenarkan masuk ke kawasan suci itu tetapi dilarang untuk bersembahyang.
Kemelut di Baitulmaqdis yang semakin meningkat setiap hari turut mengundang kebimbangan Israel tentang kebangkitan (intifada) terbaharu penduduk Palestin selepas hak mereka sering digugat oleh pihak keselamatan rejim Zionis untuk memasuki Masjid Al-Aqsa.
Pertempuran antara penduduk Palestin dan pihak keselamatan Israel di Baitulmaqdis Timur dan kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa sejak kebelakangan ini secara jelas menunjukkan kerapuhan status quo yang ditetapkan sebelum ini, ekoran provokasi terbaharu rejim Zionis Israel - Reuters & Aman Palestin dengan sedikit olahan Rossa Calla
Hilangkan Jerawat dan Kulit Berminyak Seawal 3 Hari. KLIK SINI !!! SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI