Harga Rokok Naik Lagi 5 November 2014 | Harga rokok naik sebanyak RM1.50 sekotak mulai hari ini, 5 November 2014 menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd.
Harga Rokok Naik Lagi 5 November 2014
Antara jenama rokok yang terlibat dalam kenaikan RM1.50 sekotak adalah
1) Dunhill
2) Kent
3) Benson & Hedges
4) Lucky Strikes
5) Pall Mall
6) Rothmans
7) Peter Stuyvesant
Punca kenaikan adalah susulan kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November 2014.
British American Tobacco Malaysia (BAT) sebelum ini mengumumkan harga rokok keluaran mereka dikekalkan pada harga lama selepas kenaikan sebanyak RM1 pada 8 September 2014.
Langkah itu diambil bagi memastikan syarikat berkenaan mampu bersaing dengan pengeluar lain.
Pada 30 September tahun lalu juga menyaksikan kenaikan harga rokok setiap pek adalah sebanyak RM1.50 dan merupakan kenaikan tunggal terbesar dalam sejarah.