Operasi Besar-Besaran JPJ, PDRM, SPAD November 2014 | Polis dan tujuh agensi lain bergabung untuk melakukan operasi besar-besaran bermula 1 November 2014 dengan membuat sekatan jalan raya utama di kebanyakan kawasan di seluruh negara.
Tumpuan adalah pada operasi JPJ dengan kehadiran SPAD, Jabatan Alam Sekitar, PDRM terhadap pemilik kenderaan dengan antara kesalahan berikut :-
1) nombor plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi
2) menggunakan lampu strobe
3) menggunakan lampu (HID) depan
4) polisi insuran tamat tempoh
5) tamat tempoh lesen memandu
5) memeriksa pemandu yang mempunyai saman yang belum dibayar dan kesalahan lalu lintas yang lain
6) memeriksa kenderaan yang mengeluarkan asap yang berlebihan
Saman dan notis larangan untuk kesalahan 1 hingga 3 diatas dikenakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959, di mana kompaun bermula dari RM70 hingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua minggu.
Manakala, jika kompaun berkenaan tidak dibayar dalam tempoh dua minggu maka, ia akan meningkat antara maksimum RM200 hingga RM250.
JPJ juga menetapkan tempoh sehingga 1 Mei 2015 tahun depan bagi mematuhi peraturan cermin gelap menerusi kadar ketelusan cahaya (visible light transmittance- vlt) yang sudah ditetapkan.