PINTU MASUK PENYOKONG JDT DAN PAHANG DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
Ini adalah panduan penting daripada FB Johor Southern Tigers untuk kedua-dua penyokong JDT dan Pahang menjelang Final Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu 1 November 2014.
Para penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim dinasihatkan berkumpul di pintu-pintu yang telah ditetapkan khas untuk kemasukan para penyokong JDT iaitu pintu Merah, Kuning dan Hijau.
PINTU MASUK
Penyokong JDT - Merah, Kuning dan Hijau
Penyokong Pahang - Ungu, Biru dan Hijau
Pintu-pintu tersebut akan mula dibuka mulai jam 4 petang dan para penyokong dinasihatkan agar tiba ke stadium lebih awal sebelum jam 2 petang bagi mengelakkan kesesakan berikutan terdapat dua lagi acara besar yang turut diadakan di sana.
Bagi para penyokong yang ingin memasang sepanduk, waktu yang dibenarkan adalah jam 12:00 tengahari hingga 2:00 petang pada hari perlawanan.
Jagalah Keselamatan, "Enjoy" dan bersoraklah habis-habisan.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI