Tiket Final Piala Malaysia 2014 JDT Vs Pahang | Bahang Final Oppo Piala Malaysia 2014 di antara JDT dan Pahang mula terasa. Perlawanan bakal dilangsungkan pada 1 November 2014 jam 845 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bagi mereka yang berhajat untuk ke stadium pada hari perlawanan, info tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 boleh dibeli/ didapati secara online di laman web tikethotline mulai hari RABU ini dengan pembeli boleh menebus tiket pada hari Khamis. Walau bagaimanapun hanya 10,000 tiket diperuntukkan untuk pembelian secara online.
Cara pembahagian dan penjualan tiket Final Piala Malaysia 2014
1. 10,000 tiket dijual secara online melalui laman web ticket hotline
2. Baki 80,000 tiket akan dibahagikan sama rata di antara PBNJ dan PBNP iaitu 40,000 tiket setiap persatuan bolasepak negeri
3. 40,000 tiket yang diagihkan kepada persatuan bolasepak negeri akan dijual dengan skala kecil di setiap daerah
4. Tiada kaunter jualan tiket akan dibuka di Stadium Bukit Jalil
5. Harga tiket adalah RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak
6. Penebusan tiket boleh dibuat di Stadium Putra Bukit Jalil seperti berikut :-
- 30 dan 31 Oktober 2014 dari jam 10 pagi hingga 6 petang
- 1 November 2014 dari jam 10 pagi hingga perlawanan bermula
7. Stadium Nasional akan mula dibuka pada jam 4 petang dengan penyokong Johor DT masuk menggunakan pintu merah, kuning dan hijau, manakala penyokong Pahang pintu ungu, biru dan hijau.
Final tahun lepas menemukan Pahang dan Kelantan di Stadium Shah Alam.
* Info tiket akan dikemaskini dari masa kesemasa
Berita baik untuk rakyat Johor, dipetik dari FB MB Johor
2000 tiket untuk anak Johor!
Peraduan Johor tetap jadi Johor Sempena Final Piala Malaysia
1. Upload apa saja gambar kreatif beridentitikan Negeri Johor sama ada di FB, instagram,twitter beserta slogan
Kenapa saya sayang Johor ek? ......
atau
Saya bangga menjadi anak johor kerana....
2. Print screen gambar kreatif+slogan di fb/insta/twitter tadi dan emailkan kepada menteribesarjohor@gmail.com beserta butir peribadi anda
1. Nama,
2. No kad pengenalan
3. Alamat rumah/daerah
4. No telefon
5. Tempat pengambilan tiket (JB atau KL)
6. Email
2. No kad pengenalan
3. Alamat rumah/daerah
4. No telefon
5. Tempat pengambilan tiket (JB atau KL)
6. Email
2000 penyertaan terawal yang layak akan menerima satu tiket percuma.
Senarai penerima akan dihubungi menerusi email
Terima Kasih.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI