Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Video Kontroversi Teresa Kok Sempena Tahun Baru Cina 2014

$
0
0
Video Teresa Kok

Video Kontroversi Teresa Kok Sempena Tahun Baru Cina 2014 | Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berpendirian tegas mengutuk keras tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana menghasilkan video ucapan Tahun Baru Cina yang bersifat sindiran.

Ketuanya, Muhammad Rafii dalam satu kenyataan menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Teresa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana tindakan itu jelas mahu menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, ada video ucapan Tahun Baru Cina yang disampaikan sebegitu rupa khususnya dari Ahli Parlimen berbangsa Cina.

“Kami juga berpandangan bahawa video itu jelas mengambarkan sifat sebenar Teresa yang cuba menanam sikap perkauman dan juga menolak perpaduan antara kaum di Malaysia” kata Mohd Razlan dalam satu kenyataannya kepada media.

Tegas Mohd Razlan lagi, Teresa perlu diberi pengajaran di atas kebiadapannya bagi memastikan benih-benih kebencian yang cuba disebarkan itu tidak menular dalam masyarakat negara yang berbilang kaum.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan Teresa sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina untuk tahun ini.

Barisan tetamu undangan di dalam rakaman video tersebut turut mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.


Video Kontroversi Teresa Kok Sempena Tahun Baru Cina 2014



Read more at: ASTRO AWANI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>